Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up
Sign In

Quick Launch

Universiti Kebangsaan Malaysia menyediakan program penjanaan Dana Waqaf  dan Infaq  UKM sebagai salah satu aktiviti penjanaan dana. Program ini bertujuan memudahkan warga dan alumni UKM serta masyarakat umum menyumbang sejumlah wang kepada UKM sebagai amalan kebajikan berasaskan konsep waqaf (endowmen) dan infaq (sedekah)

Program ini membolehkan seseorang peserta merancang aktiviti kebajikan mengikut kemampuan kewangannya. Peserta dapat mengumpul wang secara beransur-ansur dalam tempoh pilihannya dan kemudian jumlah yang terkumpul itu disumbang sebagai waqaf atau sebagai derma yang berterusan

Dari segi istilah, waqaf  bererti menahan harta yang dapat diambil manfaatnya untuk kebaikan tanpa menghabiskan harta induk itu. Harta itu dapat dimanfaatkan atau digunakan hasilnya untuk tujuan amal selama harta tersebut masih ada

Infaq  pula adalah amalan mulia menderma yang mana sumbangan seseorang itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan segera.

Program Sumbangan Tahunan UKM - AMAL UKM 2012 

'AMALAN MULIA BUDAYA KITA'

 

The National University of Malaysia
43600 UKM,
Bangi Selangor,
MALAYSIA
Tel: +603 8921 5555
Fax: +603 8921 4097

                                                                                                                                                Copyright 2014- Pusat Teknologi Maklumat