Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up
Sign In

Quick Launch

SUMBANGAN ANDA AMAT BERMAKNA

  Hadis Nabi Muhammad saw (maksudnya):

Apabila mati sahaja seseorang anak Adam (manusia) maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (waqaf), ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh yang mendoakan kebaikan kepada ibu bapanya.”                                                                                       (Riwayat Muslim)

 Kempen Sumbangan Tahunan UKM

Pada tahun 2012, UKM akan melancarkan Kempen Sumbangan Tahunan UKM –AMAL UKM 2012 untuk menjalankan usaha-usaha penjanaan kewangan kepada Universiti bagi menjayakan agenda akademik, penyelidikan dan perkhidmatan UKM.
Tujuan Kempen Sumbangan Tahunan ke UKM adalah untuk mewujudkan satu budaya dikalangan para penderma untuk menyumbang secara tahunan. Kaedah utama yang akan dilancarkan ialah Wakaf (endowmen) disamping derma dan hadiah, hibah dan wasiyat. Teras utama program penjanaan ini adalah berasaskan kaedah Wakaf (Endowmen) dimana hanya hasil pulangan daripada dana wakaf ini akan dimanfaatkan.

 Sumber Kewangan UKM

Sokongan kewangan anda mempunyai makna yang sangat mendalam. Pembentukan UKM adalah sebagai kemuncak kepada "Dasar Pendidikan Kebangsaan" Malaysia. Penubuhan UKM menghadapi pelbagai rintangan.

Pendukungnya mengumpul sokongan daripada pelbagai pihak; seminar dan konvensyen telah diadakan; orang-orang kampung berbaris untuk menyumbangkan derma bagi menubuhkan UKM. Akhirnya, melalui semangat dan sokongan padu daripada banyak pihak, Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan keputusan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti kebangsaan yang dikenali sebagai Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pasaran global yang semakin kompetitif, Dana Universiti harus berkembang bagi memberikan sokongan kepada Pengurusan UKM untuk merealisasikan kecemerlangan. 

 Ke mana perginya sumbangan saya ?

Sumbangan anda akan dimasukkan kepada tabung–tabung pilihan anda. Terdapat empat tabung yang telah dikenalpasti untuk serahan seperti berikut:

1. Tabung Pendidikan dan Kebajikan Pelajar
2. Tabung Pembangunan Pelajar
3. Tabung Penyelidikan dan Pembangunan Akademik
4. Tabung Jaringan UKM Industri dan Masyarakat

Tabung-tabung ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang melibatkan kebajikan pelajar, biasiswa, kursus, bantuan penyelidikan, latihan industri, pembangunan komuniti dan program mobiliti pelajar ke luar negara.

Adakah sumbangan saya penting?

YA! Setiap sumbangan adalah penting. Sebagai contoh, jika setiap alumni UKM menyumbang RM200 setahun, kami boleh;

. Menyediakan bantuan kewangan kepada 50 orang pelajar tahun pertama;
. 110 orang pelajar tahun kedua;
. 200 orang pelajar bagi tahun ketiga dan bilangan ini akan bertambah dari tahun ke tahun.
. Menyediakan bantuan kewangan untuk kursus-kursus dan aktiviti pembangunan pelajar.
. Memberi bantuan bagi projek penyelidikan .
. Menjalin hubungan di antara UKM dan komuniti serta industri.

Sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, membantu menambah penjanaan kepada UKM setiap tahun. Setiap Ringgit Bernilai! 

Bagaimana untuk menyumbang?

Sumbangan kepada UKM dialu-alukan pada bila-bila masa sepanjang tahun sama ada dalam bentuk tunai, cek, kad kredit, pindahan wang secara elektronik atau cara-cara yang lain. Sumbangan kepada UKM akan mendapat pengecualian cukai.

Sumbangan juga boleh dilakukan menggunakan Borang sumbangan Tahunan AMAL UKM yang ke-3

 

Anda alumni UKM? Sila daftar di www.ukm.my/alumniukm



 

The National University of Malaysia
43600 UKM,
Bangi Selangor,
MALAYSIA
Tel: +603 8921 5555
Fax: +603 8921 4097

                                                                                                                                                Copyright 2014- Pusat Teknologi Maklumat