Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up
Sign In

Quick Launch

 

 

Latar Belakang

Tabung ini bertujuan memudahkan warga dan alumni UKM serta masyarakat umum menyumbang sejumlah wang sebagai amalan kebajikan berasaskan konsep waqaf (endowmen), Infaq (sedekah) dan juga menunaikan 'tanggungjawab Sosial Korporat' - Corporate Social Responsibility - CSR.
Waqaf dari segi istilah ialah menahan harta yang dapat diambil manfaatnya untuk kebaikan tanpa menghabiskan harta induk itu. Harta itu dapat dimanafaatkan atau digunakan hasilnya untuk tujuan amal selama harta tersebut masih ada.
Infaq pula adalah amalan mulia menderma yang mana sumbangan seseorang itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan segera.

 

Tujuan

  • Mengagihkan sumbangan waqaf dan sumbangan infaq untuk pembangunan prasarana, program dan aktiviti makmal kanak - kanak istimewa.
  • Memupuk dan meningkatkan kesedaran warga dan alumni UKM, serta masyarakat Malaysia mengenai kelebihan, keutamaan dan fadhilat amalan bersedekah, derma dan sumbangan.
  • Memupuk dan meningkatkan kesedaran warga dan alumni UKM serta masyarakat Malaysia mengenai keperluan dan kebajikan kanak - kanak istimewa

 

Bentuk Sumbangan

  • Kewangan sama ada dalam bentuk tunai atau cek
  • Penajaan untuk penerbitan, program, aktiviti dan sebagainya
  • Fizikal seperti bangunan, kenderaan seperti van, peralatan seperti komuter, alat tulis, peralatan memasak, mendobi dan sebagainya
  • Penajaan sama ada menaja pelajar, guru , item prasarana, projek rintis dan sebagainya
  • Tenaga kerja sukarela

 

Bagaimana untuk menyumbang

  • Akaun Bank CIMB : 1218-0010075-05-3 atau cek di atas nama Bendahari UKM

      *mohon maklumkan tujuan sumbangan

 

Kegunaan Dana

1. Menyelenggara dan melaksanakan aktiviti rutin makmal kanak – kanak istimewa seperti:

  • Menaksir keperluan kanak – kanak
  • Membina dan melaksanakan program intervensi
  • Menilai keberkesanan program individu
  • Menyokong dan memperkasakan ibu bapa

 

 

2. Menyediakan khidmat masyarakat seperti:

  • Khidmat nasihat ibu bapa
  • Latihan guru

3.Menjalankan progam dan aktiviti penyelidikan seperti:

  • Membangunkan modul
  • Projek replikasi
  • Menerbitkan hasil kajian

 

 

Manafaat dan Ganjaran

  1. Pengecualian cukai pendapatan
  2. Menunaikan tanggungjawab sosial kepada kanak- kanak istimewa

Al-Qur’an menyebut (maksudnya):

“Bandingan orang- orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap – tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya”

(Surah al-Baqarah [2]:261)

The National University of Malaysia
43600 UKM,
Bangi Selangor,
MALAYSIA
Tel: +603 8921 5555
Fax: +603 8921 4097

                                                                                                                                                Copyright 2014- Pusat Teknologi Maklumat