UKM menyediakan program penjanaan Dana Waqaf dan Infaq UKM untuk mencapai matlamat berikut:

  • Memobilisasikan sumbangan dana melalui amalan waqaf dan infaq
  • Menggunakan dana wakaf terkumpul untuk menjana pendapatan
  • Mengagihkan pendapatan dari harta waqaf dan sumbangan infaq kepada pihak yang berkelayakan dan
  • Memupuk dan meningkatkan kesedaran warga dan alumni UKM, serta masyarakat Malaysia mengenai kelebihan, keutamaan dan fadhilat (virtues) amalan "Menyumbang kepada UKM"

Keutamaan wakaf dan infaq diantara lain dapat difahami melalui ayat al-Qur'an berikut:

"Kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" 
(Surah al-Hajj 22:77)


"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi"  
(Surah Al-Imran 3:92)

 

 'AMALAN MULIA BUDAYA KITA"