Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Quick Launch

Laman Utama > Blog Portal
Ogos 08
KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 ) "Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
 
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
 
KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
 
ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
 
FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt 5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
 
AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
 
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
.Solat sunat Tarawih
.Solat-solat sunat yang lain
.Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
.Memberikan hidangan berbuka puasa .Banyakkan membaca tahlil
.Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt .Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
.Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
.Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
 
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
 
 
sumber dari: http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1066&Itemid=1
Ogos 06
Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM (Bahagian akhir)

PELAKSANAAN PENJANAAN DAN AGIHAN DANA WAQAF DI MALAYSIA

1.1   Pengenalan

Walauapa pun yang dinyatakan di atas, perlu disedari bahawa majority harta yang diwaqafkan adalah dalam bentuk waqaf khas yang terdiri daripada masjid dan tanah perkuburan. Waqaf dalam bentuk dana tidaklah begitu polular di dalam masyarakat kita dewasa ini. Di Malaysia, dana dan harta waqaf yang ada adalah dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah seperti yang berikut:

1.       Masjid dan tanah perkuburan

2.       Surau, sekolah dan pondok pendidikan

3.       Ladang pertanian, kebun dusun dan bendang

4.       Hasil sewaan

5.       Tanah terbiar

6.       Bangunan (kedai, rumah kedai, kediaman)

7.       Hasil sewaan bangunan

8.       Waqaf wang tunai

9.       Waqaf saham

10.   Saham waqaf

11.   Waqaf kaki

12.   Waqaf jemba

13.   Waqaf korporat

14.   Skim atau pelan takaful waqaf

15.   Lain-lain harta alih (mesin hemodialisis dll.)

Tetapi hanya waqaf masjid dan tanah perkuburan sahaja yang paling terkenal atau diketahui oleh masyarakat Malaysia.

1.2   Perkembangan Terkini Dalam Dana Waqaf Di Malaysia

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) pada hakikatnya telah melaksanakannya dengan pengendalian oleh Lembaga Amanah Masjid Negeri Perak dalam bentuk wang tunai. Peruntukan statutory mengenainya telah lama disempurnakan dibawah Peraturan 18(2), Peratoran Kawalan Waqaf 1959 bahawa: Jawatankuasa Kawalan Waqaf Negeri Bolehlah menerima wang tunai daripada siapa-siapa yang berhajat hendak mewaqafkan bagi faedah am dengan mengisi satu borang yang ditetapkan baginya.

                Majlis Agama Islam Pulau Pinang pula seterusnya mengorak langkah dengan memperkenalkan Skin Dana Waqafnya yang tersendiri pada 17 Julai 2005 bersamaan dengan 10 Jamadil Akhir 1426 H. Perkembangan terkini pula menyaksikan Negeri Sembilan telah menawarkan skim waqafnya yang turut menjadi wang tunai sebagai dana yang boleh diwaqafkan menerusi Enakmen Waqaf (negeri Sembilan) 2005 yang diletakkan di bawah Seksyen 11(1)(a). Kesemua ini melibatkan perwaqafan dana tunai diperingkat permulaan yang kemudiannya diaplikasikan kepada pembelian asset kekal ataupun disalurkan terus kepada tujuan-tujuan yang dibenarkan oleh hokum Syarak.

                Selain daripada itu, terdapat syarikat-syarikat kewangan dan organisasi lain di negara ini yang turut memperkenalkan amalan berwaqaf melalui pembentukan dana waqaf seperti Syarikat Takaful Malaysia Bhd. yang telah memperkenalkan  Pelan Takaful Waqaf.

                Johor Coropration pula menerusi Masjid An-Nur Kotaraya ada mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dengan mewujudkan Klinik Waqaf An-Nur yang telah dapat mempromosikan produk sadaqah jariyah ini di kalangan masyarakat membabitkan antara lain sumbangan dalam bentuk dana waqaf secara tunai termasuk waqaf mesin hemodialisis. Klinik ini merupakan sebuah pusat kesihatan yang berteraskan konsep waqaf. Sebuah Pusat Dialisis telah dibina bersebelahan dengan klinik tersebut. Pada hakikatnya, Johor Corporation telah mewaqafkan Lot 85, 86 dan 87 Tingkat 3, Plaza Kotaraya bersebelahan Masjid An-Nur Johor Bahru sebagai tapak klinik tersebut dengan kos pembangunan keseluruhan sebanyak rm425,160.20. Jumlah ini juga merupakan sebahagian sumbangan Johor Corporation kepada aktiviti-aktiviti waqaf anjuran klinik ini. Sementara itu, pada 16 November 1999, Duli Yang Maha Mulia Sultanah Johor turut mewaqafkan sebuah mesin hemodialisis dan 6 buah lagi oleh Majlis Agama Islam Johor untuk kegunaan pesakit di Klinik Waqaf An-Nur dan Pusat Dialisis. Seterusnya pada 6 September 2002, klinik ini telah menerima cek berjumlah RM227,700.00 daripada Majlis Agama Islam Johor di mana menerusinya, 3 buah mesin hemodialisis lagi telah dibeli dan juga mesin reverse osmosi dan sebuah generator yang semuanya ditempatkan di Pusat Dialisis Klinik Waqaf An-Nur Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat.

                Perlu dinyatakan di sini bahawa berkuatkuasa pada 1 Disember 1999, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memberikan pelepasan cukai kepada penderma-penderma Dana Klinik Waqaf An-Nur ini mengikut seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53). Justeru, negeri-negeri lain yang akan dan sedang menjalankan aktiviti kutipan dana ini juga hendaklah memohon untuk mendapatkan pelepasan ini. Penulis yakin, menerusi hebahan mengenainya, masyarakat akan bermotivasi untuk melaksanakan amalan sadaqah jariyah yang dibincangkan ini. Setakat ini, telah ada Majlis Agama Islam Negeri yang turut berjaya mendapatkan pelepasan cukai bagi dana yang diwaqafkan seperti Melaka, Pahang, Selangor dan Pulau Pinang. Penulis mencadangkan agar pelepasan cukai kepada pewaqaf ini hendaklah dimasukkan jugak kedalam borang waqaf, pamphlet ataupun brosur yang mempromosikan perwaqafan dana waqaf ini.

                Perwaqafan dalam bentuk dana juga boleh berlaku menerusi saham waqaf yang diwujudkan di beberapa negeri di Malaysia. Ini memandangkan pada kebiasaanya prosesnya adalah dimulakan dengan pengumpulan dana atau kumpulan wang yang berbentuk tunai yang kemudiannya diaplikasikan kepada pembelian asset kekal di mana hasilnya akan disalurkan kepad tujuan-tujuan kebajikan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak.Sebagai contoh, tafsiran dapat dilihat di dalam Seksyen 2, Enakmen Waqaf (Negeri Selangor) 1999 (no. 7 1999) iaitu prewujudan suatu waqaf melalui saham-saham yang ditawarkan dan kemudiannya diwaqafkan oleh pembeli kepada Majlis. Pelaksanaannya dinyatakan di bawah Seksyen 17(1) enakmen yang sama bahawa: Majlis boleh menawarkan saham waqaf terhadap apa-apa harta yang diperolehinya atau yang akan diperolehinya kepada mana-mana orang untuk saham-saham itu dibeli dan kemudiannya diwaqafkan kepada Majlis.

                Contoh perwaqfan negeri-negeri lain dapat dilihat di Johor, Melaka, Pulau Pinang, Pahang dan yang terkini adalah di Negeri Sembilan. Selanjutnya, menerusi Enakmen Waqaf (Negeri Sembilan) 2005 juga di bawah Seksyen 11(1)(b), penawaran bon waqaf atau surat cara lain bagi jaminan berharga telah ditawarkan kepada mana-mana orang, persatuan atau institusi uantuk kemudiannya diserahkan sebagai waqaf oleh pembeli bon atau surat cara lain tersebut kepada Majlis.

                Selain daripada itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut menawarkan saham waqfnya termasuk Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sebelum ini yang telah memperkenalkan Skim Pembangunan Waqaf Nasional  dalam usaha mempromosikan budaya beramal jariah di kalangan masyarakat di Malaysia.

                Pendekatan berwaqaf menerusi dana dan saham waqaf serta harta-harta  kontemporari lain yang disebutkan ini sangantsesuai dilaksanakan di negara ini tanpa menyempitkan pelaksanaanya melalui waqaf dalam bentuk tanah dan bangunan sahaja. Menyedari harta daripada kategori ini khususnya tanah amat berkurangan sekali, maka masyarakat perlu menggunapakai pendekatan baru supaya amalan berwaqaf tidak mati ditelan zaman dan pupus begitu sahaja.

                Mengenai syarat kekal dalam sesuatu perwaqafan, keperluannya melalui saham waqaf dan dana waqaf ini boleh direalisasikan menerusi konsep istibdal. Ini membabitkan pertukaran dana daripada saham yang telah diwaqafkan kepada asset berbentuk harta tak alih. Aplikasi ini adalah bertepatan dengan pandangan yang ada dikemukakan oleh Ibn Abidin yang telah dinyatakan sebelum ini.

                Pun begitu, pemakaian pandangan yang dikemukankan oleh Imam Malik dan mazhab Maliki serta Imam AbuHanifah yang tidak menyokong kepada keperluan syarat kekal bagis esuatu perwaqafan ini juga boleh digunapakai. Dalam hubungan ini, Imam Malik merasa yakin bahawa waqaf tanpa terikat kepada perinsip kekal dibolehkan demi untuk memperluaskan amalan berwaqaf ini di kalangan masyarakat.

                Walaubagaimanapun, perlu dinyatakan di sini bahawa pewaqafan daripada kategori masjid dan tanah perkuburan hendaklah dibuat secara kekal berdasarkan persetujuan kesemua sarjana perundangan Islam kecuali jika pendekatan istibdal diikuti dalam situasi yang mendesak.

                Sehingga kini, nampaknya kecenderuang masyarakat masih lagi kepada mewaqafkan harta-harta tak alih sebagai subjek perwaqafan mereka. dalam hubungan ini, Majils Agama Islam Negeri perlu mengambil inisiatif untuk memperkanalkan secara lebih bersungguh-suhggnuh waqaf daripada kategori harta-harta baru masa kini sebagaimana yang dibincangkan di dalam artikel ini. Penyebarannya melalui media cetak dan media elektronik perlu dibuat supaya masyarakat nampak kepentingan  dan statusnya sebagai alternative untuk berwaqaf selain daripada tanah dan bangunan semata-mata.

                Langkah yang efektif bagi menarik perhatian masyarakat untuk berwaqaf adalah dengan siaran iklan di kaca tv termasuklah menerusi suratkhabar-suratkhabar yang ada di pasaran.

                Lebih daripada itu, perwaqafan menerusi pembentukan Bon waqaf (sukuk Waqaf) sebagaimana yang ditawarkan di bawah Enakmen Waqaf (Negeri Sembilan) 2005 hendaklah dimulakan supaya pembangunan waqaf dapat dibiayai sewajarnya. Begitu juga pemakaian kontemporari waqaf REIT dengan konsep Amanah Pelaburan Harta Tanah atau lebih dikenali sebagai REITs (Real Estate Investment Trust) yang boleh diaplikasikan dalam membangunkan dana waqaf ini. Signapura di bawah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah berjaya melaksanakan pembangunan harta waqafnya melalui aplikasi kontrak-kontrak muamalah Islam melibatkan misalnya bon atau sukuk musyarakah, dan ijrah, termasuklah melaksanakan internal REITs bagi pembangunan Tower Complexnya ( Kompleks Menara Zam Zam) dengan metode sukuk atau bon Islam ini menerusi pemakaian suku Al-Intifa (timeshare bond)

1.3   Rumusan dan Cadangan

Pada hakikatnya, dana waqaf adalah satu sistem waqaf harta yang ynik dan mampu menyelesaikan banyak masalah ekonomi yang tidak stabil pada masa ini tetapi suatu anjakan paradigma perlu dibuat oleh kedua-dua belah pihak, iaitu Majlis Agama Islam Negeri dan pihak pewaqaf sendiri untuk memperluaskan amalan berwaqaf kepada harta-harta alih dalam bentuk yang dibincangkan ini. Masyarakat perlu mengetahui bahawa waqaf boleh juga dibuat daripada harta alih dan dapat dibangunkan pula dengan metode-metode kontemporari berlandaskan syariah yang dapat memberikan manfaat kekal kepada benefisiarinya. Sementara itu di pihak Majlis, mereka perlu bersedia dari segala sudut untuk menguruskan asset-aset dalam kategori ini secar professional. Pelantikan agen professional bagi mengendalikannya merupakan suatu langkah yang bijak bagi mengatasi masalah ketiadaan staf atau pegawai Majlis yang kompeten. Ianya juga boleh dilaksankan secara usahasam ataupun penubuhan syarikat ataupun perbadanan khusu untuk merealisasikannya, justeru, semua perjalanan dana waqa mesti dijalankan atas dasar panduan syarak supaya waqaf tersebut sah dan berkat di sisi Allah STW juga berjaya dalam erialisasikan maksud dan tujua dari ibadat waqaf.

Dipetik dari kertas kerja Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM yang ditulis oleh Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir (Jabatan Syariah, Fakulti Pendidikan Islam UKM)

Julai 23
Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM (Bahagian ke-6)

2.2.3      Panduan Sampingan Dalam Menjana Dana Waqaf Mengikut Syariah

Dalam perbincangan ini, penulis akan meringkaskan beberapa panduan yang danggap penting dalam memantapkan lagi sistem penjanaan dana waqaf mengikut panduan syariah. Antara panduan tersebut adalah seperti yang berikut:

1.       Bekerja keras dalam menjayakan dana waqaf yang telah terkumpul dengan membawa sifat tawakkal iaitu yakin boleh dengan cara yang betul  dan profesional.

2.       Nazir atau pentadbir dana waqaf harus membawa sifat uzlah dalam tugasnya iaitu memberi tumpuan sepenuhnya dalam menjana dan mengurus dana waqaf dengan cemerlang tanpa menyibukkan diri dengan urusan lain seperti sibuk dengan perniagaan sampingan dan sebagainya yang akan menjatuhkan prestasi dan kualiti kerja.

3.       Tetapi sifat tamak harus dijauhi dan sifat qan’ah atau puas dengan prestasi  kerja harus ada. Namum, kepuasan tersebut bukan untuk merehatkan usaha, tetapi sebaliknyua untuk mendatangkan lagi kepuasan dalam mengejar matlamat syarikat atau pihak nazir dalam memaksimumkan manfaat dari harta waqaf.

4.       Dengan pengurusan dana waqaf yang baik maka akan lahir sau atau beberapa amalain lain lagi seperti zakat hasil keuntungan dana waqaf dan sebagainya. Inilah yang dinamakan sebagai sebutir padi melahirkan berates-ratus kebaikan dan kebajikan.

5.       Menerima harta waqaf hanya dari harta yang halal dan melaburkannya atau menguruskannya juga dengan apa cara dan pada tempat yang halal.

 

2.3          Panduan Syariah Dalam Agihan Dana Waqaf

Adapun, agihan dana waqaf menurut syariah mempunyai beberapa panduan yang mesti dipelihara. Antara panduan-panduan tersebut adalah seperti berikut:

1.       Wajib mengagihkan dana waqaf mengikut apa yang diakadkan antara pewaqaf dan nazir. Adalah tidak amanah dan tidak patut jika nazir waqaf melanggari akad atau perjanjian kontrak yang telah dipersetujui antara pewaqaf dan nazir. Contoh agihan yang betul ialah hasil sewaan bangunan waqaf dan lain-lain projek waqaf diagihkan untuk kebajikan dan kepentingan umat Islam seperti memberi bantuan pengurusan dan mengimarahkan masjid, surau, madrasah, klinik, hospital dan perubatan, anak-anak yatim, orang yang dalam tahanan, bantuan pendidikan, meningkatkan syiar Islam dan bantuan untuk membangunkan negara dan lain-lain yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan umat Islam selagi mengikut apa yang diakadkan. Perkara ini sangat jelas dalam kitab-kitab fekah yang menekankan kepentingan akad atau kontrak.

2.       Agihan untuk nazir atau upah dan gaji nazir janganlah terlampau rendah hingga menyebabkan nazir tidak bersemangat untuk memajukan dana waqaf dan jangan pula terlampau tinggi hingga menjadikan harta waqaf sebagai satu kesempatan untuk mengaut keuntungan yang pada asalnya adalah untuk manfaat umat Islam. Perkara ini ditekankan dalam Islam dari sudut ghuluw atau berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara isaitu janganlah terlampau kedekut dalam memberi upah atau terlampau bebas dalam meninggikan gaji.

3.       keutamaan agihan dana waqaf dan hasil dari dana waqaf diberkan kepada kaum fakir miskin dan mereka yang lebih memerlukan. Contohnya, dalam menyediakan rumah sewa murah milik waqaf jagan lah diberi kepada kroni tertentu untuk mendapat keuntugan atas angin apabila menyewakan semula rumah-rumah tersebut kepada orang yang betul-betul memerlukan. Panduan begini disentuh dalam syarak melalui banyak bab, antaranya masalah rasuah, adil, amanah dan seumpamanya.

4.       Apabila dana waqaf mampu mendatangkan keuntungan hingga wajibnya pengeluaran zakat dari dana tersebut maka agihan harta zakat mesti diberi kepada asnaf yang layak sahaja, bukan mengikut akad waqaf yang mungkin membenarkan harta waqaf tersebut diagihkan kepada sesiapa sahaja. Panduan ini jelas dalam hokum agihan zakat harta dan seumpamanya.

 

 

2.4.1              Kesimpulan

Panduan syariah dalam penjanaan dan agihan dana waqaf adalah panduan asas dan umum yang digunapakai dalam sistem penjanaan dan agihan harta sedekah menurut Islam. Namun, akad atau kontrak yang telah dipersetujui antara pewaqaf dan peneriama waqaf adalah perkara paling penting yang mesti dijaga. Begitu juga sifat yang mesti dimiliki oleh nazir atau pengurus dana waqaf yang mesti bijak dan amanah dalam menjalankan penjanaan dan agihan dana waqaf. Justeru, pihak berwajib harus menggembeling tenaga nazir waqaf supaya tidak mensia-siakan dana waqaf yang telah berjalan di Malaysia walaupun tidak sehebat di beberapa negara lain.

Dipetik dari kertas kerja Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM yang ditulis oleh Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir (Jabatan Syariah, Fakulti Pendidikan Islam UKM)

Julai 16
Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM (Bahagian ke-5)

PANDUAN SYARIAH DALAM PENJANAAN DAN AGIHAN DANA WAQAF

2.1          Pengenalan

Setelah diterangkan tentang asas konsep waqaf dalam Islam, sekarang tiba masanya untuk diterangkan tentang panduan yang telah diletakkan oleh syariat Islam dalam menjana, menghasilkan dan mengutip atau mengumpulkan waqaf. Begitu juga panduan syarak dalam menetapkan agiah harta waqaf tersebut.

2.2          Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dana Waqaf

Penulis membahagikan panduan ini kepada tiga bahagian iaitu panduan asal dalam waqaf, panduan untuk penanggungjawab atau nazir waqaf dan panduan sampingan yang melengkapkan kedua-dua panduan sebelumnya.

2.2.1      Panduan Syariah Dalam Sistem Penjanaan Waqaf

Secara dasarnya, perwaqafan perlu dibuat daripda harta tak alih atau immovable seperti membabitkan tanah dan bangunan demi memelihara prinsip utama perwaqafan, iaitu syarat kekal atau permanency. Perwaqafan daripada harta tak alih di bawah kategori kekal ini pada hakikatnya telah dipersetujui oleh kesemua ulama sebagai perwaqafan yang sah dan boleh berkuatkuasa. Ia bersandarkan kepada perwaqafan  Rasullallah S.A.W dan para shabatnya yang menjadikan harta kekal ini sebagai mawquf mereka. Tambahan pula, terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa pada zaman Rasullallah S.A.W tidak ada harta yang yang diwaqafkan kecuali daripada tanah dan bangunan.

Berhubung perwaqafan daripada harta alih atau movable pula, secara dasarnya perwaqafannya adalah tidak sah berdasarkan kepada analogi keperluan syarat kekal yang menjadi kehendak utama dalam sasuatu perwaqafan. Adalah sukar untuk memastikan harta alih ini kekal abadi hingga ke akhirnya memandangkan ianya mudah rosak dan binasa.

                Walau bagaimanapun, terdapat pandangan yang membolehkan perwaqafan daripada harta alih ini. Imam Syafie sendiri berpandangan bahawa setiap harta yang boleh dijual-beli boleh jufa diwaqafkan selagi mana manfaat yang dinikmati oleh penerima waqaf atau benefisiarinya dapat diperolehi secara kekal. Justeru itu, perwaqafan yang dibuat daripada harta alih di mana manfaatnya diperolehi dengan memusnahkan fizikal harta berkenaan seperti makanan dan minuman, adalah tidak sah. Ini kerana fizikal harta daripada kategori ini tidak dapat dikekalkan dalam bentuknya yang asal, malah ia perlu dimusnahkan terlebih dahulu menerusi penggunaannya sendiri seperti makanan yang dimakan dan minuman yang diminum. Pandangan ini turut dipelopori oleh mazhab-mazhab lain seperti Hambali dan Maliki.

                Berikutan dengan pandangan di atas, Ibn Qudamah Al-Maqdisi menyamakan ketidaksahan kategori harta di atas dengan perwaqafan yang dibuat daripada lilin yang digunakan untuk mendapatkan cahaya di mana ianya akan habis bila digunakan.

                Bagi Mazhab Hanafi pula, hanya harta alih yang melekat kepada harta tak alih secara kekal sahaja yang boleh diwaqafkan kerana ia akan turut sama menyumbang kepada tujuan yang diwaqafkan. Dalam hal ini, Abu Yusuf berpendapat bahawa mewaqafkan harta alih secara sendiri tidak sah, kecuali jika membabitkan kuda dan peralatan perang memandangkan wujudnya bukti perwaqafan ini seperti yang dikemukakan  oleh hadith Rasullullah S.A.W sendiri. Imam Muhammad Al-Syaybani serta Ibn Qudamah juga bersetuju mengenainya.

                Walau bagaimanapun, Imam Muhammad Al-Syaybani berpandangan bahawa untuk mengesahak perwaqafan sesuatu harta alih, uruf masyarakt setempat perlulah dilihat terlebih dahulu. Justeru, bagi pihak beliau, mewaqafkan kapak, penyodok termasuk dinar dan dirham, kain kapan dan periuk kawah dan lain-lain peralatan yang sememangnya telah dijadikan objek bermuamalah adalah dibolehkan. Malah, pendirian ini ada kaitannya dengan satu hadith Rasullullah S.A.W  yang bermaksud “Apa yang dilihat baik oleh kaum Muslimim maka ia juga baik pada pandangan Allah S.W.T”

                Secara umumnya, perwaqafan wang adalah dibolehkan mengikut apa yang berlaku di zaman Rasullullah S.A.W dan juga pandagan para sarjana perundangan Isalm dengan mengukut syarat-syarat tertentu.

                Menurut Ibn Abidin, mewaqafkan wang ataupun duit adalah sah meskipun fizikalnya tidak boleh dikekalkan dalam bentuknya yang asal tetapi pengekalan ini masih boleh direalisasikan dengan menukarkannya kepada bentuk yang lain atau harta yang lain yang bersifat kekal. Dalam masa yang sama, beluau berpandangan bahawa keesahannya hanya terhenti kepada uruf masyarakat setempat, di mana ini ternyata sama dengan pendirian Muhammad Al-Syaybani. Beliau menambah bahawa, jika amalan masyarakat itu jarang-jarang sekali berlaku, maka ini tidak dianggap sebagai adat kebiasaan masyarakat memandangkan penggunaan perkataan ta’amul atau dealing itu sendiri menunjukkan pemakaiannya yang kerap berlaku.

                Pernah dilaporkan oleh Muhammad, iaitu anak lelaki kepada Abdullah Al-Ansari, yang merupakan sahabat Zufar, di mana beliau berpandangan bahawa wang dirham boleh diwaqafkan dengan melaburkannya ke dalam mana-mana bentuk perniagaan atau pelaburan. Hasilnya akan disedekahkan diwaqafkan. Lebih daripada itu, pandangan ini menegaskan barang-barang makanan yang boleh disukat dan ditimbang sah diwaqafkan di mana ianya akan dijual dan wang yang diperolehi daripada jualan itu akan dilaburkan dan hasilnya juga boleh diwaqafkan kepada tujuan-tujuan kebajikan

                Melalui bentuk-bentuk pelaburan di atas, bukan sahaja modal atau asset yang dwaqafkan itu dapat dipertahankan, malah ianya akan memberi keuntungan yang berlipat ganda dan dapat melahirkan lebih banyak harta-harta waqaf yang baru dalam bentuk harta kekal. Implikasi daripad konsep ini sebenarnya, mampu menambah satu lagi keperluan baru dalam syarat harta alih yang boleh diwaqafkan, iaitu sesuatu asset yang hendak diwaqafkan hendaklah terdiri daripada harta yang dapat memberikan manfaat yang berpanjangan.

                Kesimpulan dalam tajuk panduan syariah dalam penjanaan harta waqaf ialah semua kategori harta boleh dijadikan subjek perwaqafan, asalkan ia dapa memberi manfaat yang berkekalan kepada benefisiarinya ataupun harta-harta berkenaan boleh digunakan secara kekal dalam merealisasikan tujuan-tujuan kebajikan yang disalurkan. Pandangan ini banyak didasarkan kpada pendirian mazhab Syafie sepertimana yang turut dipelopori oleh mazha-mazhab lain sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi. Justeru masalah dalam menggunapakai pandangan tersebut memandangkan mazhab Syafie telah diiktiraf sebagai pegangan yang formal dalam amalan semasa masyarakat di Negara ini.

 

2.2.2      Panduan Berkaitan Dengan Nazir Yang Berusaha Menjana Dan Mengagihkan Harta Waqaf

Dalam urusan waqaf, penangungjawab yang mengurus harta waqaf dikenali sebagai nazir iaitu pemerhati dan pentadbir harta waqaf. Nazir ialah pihak yang mempunyai hak dalam mentadbir, mengurus dan melakukan apa yang bermanfaat pada harta-harta waqaf.

                Pada asalnya , nazir mestilah terdiri dari pewaqaf sendiri tetapi boleh juga pewaqaf memberi kuasa kepada pihak tertentu seperti pejabat agama untuk menguruskan harta waqaf tersebut.

                Penentuan siapa yang menjadi nazir waqaf adalah penting kerana harta waqaf adalah harta sedekah yang diamanahkan untuk dikembangkan atu dipelihara. Justeru, nazir sama ada dari kalangan individu atau pihak tertententu mesti mempunyai syarat-syarat berikut:

1.       Muslim, iaitu mesti orang Islam kerana tugas nazir adalah kuasa maka tidak boleh diletakkan orang kafir menguasai urusan harta waqaf umat Islam.

2.       Berakal, iaitu nazir mesti orang yang siuman dan pandai dalam mengurus harta waqaf.

3.       Balagh atau matang dalam pengurusan harta kenaran orang yang belum matang sudah pasti akan mendatangkan keburukan pada harta waqaf.

4.       Bersifat adil iaitu dengan menjaga agamanya, tidak melakukan dosa besar, amanah serta memiliki hubungan yang baik sesame manusia.

5.       Berhak dan layak mengurus harta waqaf iaitu nazir mesti dari kalangan orang yang benar-benar mampu mengurus harta waqaf.

Selain syarat-syarat tersebut, nazir juga harus menjalankan tugas-tugas untuk memanfaatkan harta waqaf. Tugas-tugas tersebut sangat penting dalam menjaga harta waqaf, khususnya waqaf tunai atau dana waqaf supaya penjanaan dan pendapatan lebih maju. Tugas-tugas tersebut ialah seperti yang berikut:

1.       Mengimarahkan harta waqaf supaya tidak terbiar dan membazir begitu sahaja

2.       Menjaga syarat yang telah ditetapkan oleh pewaqaf. Jangan sesekali melanggar syarat dan menidakkannya

3.       Menjaga dan membela harta waqaf dari menjadi perebutan ahli waris selepas kematian pewaris.

4.       Menyelesaikan hutang yang berkaitan dengan harta waqaf sekiranya harta tersebut mempunyai potensi yang tinggi dalam menahannya sebagai asset dalam harta waqaf.

5.       Menunaikan hak-hak mereka yang ada kaitan dengan harta waqaf.

Nazir juga berhak melakukan apa sahaja tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan dalam harta waqaf seperti pelaburan, cagaran, pinjaman dan sebagainya. Nazir juga berhak menerima atau mengambil upah sebagai pengurus harta waqaf kerana untuk menjaga maslahah atau kebaikan harta waqaf dan kebajikan nazir sendiri yang telah memberi sepenuh atau banyak masa dalam menguruskan harta waqaf.

        Status nazir dalam urusan waqaf ialah orang yang diamanahkan untuk mengurus harta waqaf. Justeru, beliau juga adalah wakil harta waqaf yang tidak boleh dipersalahkan jika berlaku apa-apa perkara yang tidak disengajakan oleh beliau.

        Akhir sekali, nazir boleh dilucut kuasa dari menjaga harta waqaf jika pengurusannya tidak baik dan merugikan. Urusan melucut tugas tersebut diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti mahkamah dan sebagainya.

        Contoh di Johor, MAIJ adalah antara pemegang amanah atau nazir dalam urursan harta waqaf seperti yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003 Seksyen 89: walau apa pun apa-apa peruntukan yang  berlawanan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang memwujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal:

1.       Semua waqaf, sama ada waqaf am atau waqaf khas

2.       Semua nazar am dan;

3.       Segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam aau bagi faedah orang Islam mengukut Hukum Syarak, bagi apa-apa harta tersentuh oleh waqaf,nazar am atau amanah itu dan terletak di dalam Negeri Johor.

Begitu juga dengan Majlis-Majlis agama di setiap negeri, syarikat takaful, syarikat-syarikat tertentu seperti J-Corp dan sebagainya yang memainkan peranan sebagai nazir harta waqaf termasuk harta waqaf tunai.

Dipetik dari kertas kerja Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM yang ditulis oleh Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir (Jabatan Syariah, Fakulti Pendidikan Islam UKM)

Julai 09
Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM (Bahagian ke-4)

1.9          Hukum Dana Waqaf

Dana waqaf adalah antara masalah transaksi harta yang baru diperkatakan secara rancak selepas wujudnya sistem wang dalam transaksi seharian manusia. Walaupun perkara tersebut  disentuh oleh beberapa ulamak terkemuka zaman dahulu tetapi iaya tidak serancak zaman ini

                Khulasahnya, ada perselisihan pendapat dalam menetapkan hokum waqaf menggunakan wang kerana ia bukan harta tidak alih dan termasuk dalam harta alih yang habis manfaatnya jika digunakan. Namun, dengan kajuan terkini dan dengan perubahan sistem ekonomi semasa maka wang boleh dijadikan harta yang kekal dan lebih bermanfaat dari harta yang lain. Justeru, ramai juga ulamak yang membolehkannya

                Oleh sebab penulisan ini bukanlah tujuan asalnya untuk membahasakan secara terbernici hokum dana waqaf maka penulis hanaya meringkaskan dengan membawa beberapa fatwa dan pendapat yang membolehkan waqaf tunai atau dana waqaf.

                Ramai ulamak berpendapat dan mengeluarkan fatwa bahawa berwaqaf dalam bentuk wang adalah dibolehkan di dalam Islam. Antaranya ialah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-77 yang telah bersidang pada 10-12April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terangganu telah memutuskan bolehnya berwaqaf dengan wang tunai.

                Pengharusan tesebut juga telah dibuat oleh  Majlis Akademi Islamiyah pada 24 November 2005 sebagaimana berikut: “adalah harus mewaqafkan bahagian-bahagian dan saham-saham syarikat kewangan yang diperniagakan dalam dagangan yag diharuskan oleh Syarak dan syarat saham-saham ini beserta kenuntungannya diagihkan sejajar serta mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh pewaqaf di mana ia adalah seperti nas Syarak iaitu sati kaedah yang telah disepakati oleh ulamak.”

                Imam Az-Zuhri, seorang ulama terkenal dalam ilmu hadith pada kurun kedua hijrah, telah memfatwakan bahawa berwaqf dalam bentuk dinar dan dirham dibenarkan bagi tujuan-tujuan berdakwah, kebajikan masyarakat dan pembangunan ummah.

                Berasaskan kepada perbincangan para sarjana perundangan Islam berhubung dengan harta-harta yang boleh diwaqafkan, dapat disimpulkan bahawa semua kategori harta boleh dijadikan subjek perwaqafan, asalkan ia dapat memberi manfaat yang berkekalan kepada benefisiarinya ataupun harta-harta berkenaan boleh digunakan secara kekal dalam merealisasikan tujuan-tujuan kebajikan yang disalurkan. Pandangan ini banyak didasarkan kepada pendirian mazhab Syafie sepertimana yang turut dipelopori oleh mazhab-mazhab lain sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi. Justeru itu, kita di Malaysia sama ada sedar ataupun tidak, pada hakikatnya tidak mempunyai masalah dalam mengguna-pakai pandangan tersebut memandangkan mazhab Syafie telah diiktiraf sebagai pegangan yang formal dalam amalan semasa masyarakat di negara ini.

                Perlu dinyatakan di sini bahawa harta-harta ini mestilah terdiri daripada jenis yang tidak mudah rosak ataupun habis bila digunakan. Justeru, mewaqafkan harta-harta seperti makanan, lilin ataupun apa-apa jenis harta yang diwaqafkan mestilah menepati ciri-ciri kehartaan yang telah digariskan oleh Syarak. Selain daripada itu, ia mestilah sesuatu yang bernilai atau halal dan tidak boleh dilakukan daripada harta-harta yang diharamkan oleh Syarak seberti arak, khinzir dan lain-lain lagi, bukan daripada milik orang selain dan boleh dimanfaatkan.

                Di zaman sekarang ini, wang boleh diwaqafkan, apatah lagi ia merupakan suatu alat pertukaran yang diguna-pakai di negara ini. Malah, perwaqafan daripada kategori ini sudahpun biasa dinegara-negaa Islam yang lain termasuk di negara Eropah sendiri. Misalnya di Jerman pada abad ke-14M, waqaf dalam bentuk wang tunai telah diperkenalkan. Nilainya telah dipertingkatkan dengan menambah jumlah tabungan di dalamnya dari semasa ke semasa. Perwaqafan dalam bentuk wang dan dana ini telah diiktiraf secara perundangan dan diterima-pakai dan disahkan di Mahkamah oleh Kerajaan Uthmaniyyah Turki dan telah menjadi bentuk waqaf yang dominan di seluruh Anatolia dan Balkan yang berlaku di sekitar abad ke-15-16 M.

                Dikarakan di daerah dan wilayah lain di negara-negara Arab pada ketika itu, amalan semumpama ini tidak dibenarkan bedasarkan sifat kontroversi perwaqafan daripada kategori harta alih ini yang didapati mengganggu-gugat syarat kekal sesuatu perwaqafan. Namun, kini ianya telah diterima-pakai di kebnaykan negara seperti India, Pakistan, Iran, Mesir, dan lain-lain lagi termasuklah Singapura dan Malaysia. Mesir telah memasukkan peruntukan berkaitan dengannya ke dalam Perkara 8, Qanun b Ahkam Al-Waqf yang memperuntukkan tentang perwaqafan harta alih dan tak alih.

                Lebih daripada itu, penggunaan asset dalam bentuk liwuid iaitu sejenis harta alih yang tiada amalam mengkiat sebagai waqaf telah menjadi suatu fenomena biasa semasa Kerajaan Uthmanuyyah memandangkan kepentingannya. Justeru, perwaqafan wang sebagai subjek perwaqafan adalah dibolehkan. Walaubagaimanapun, wang yang diwaqafkan ini, seperti jjuga keuntungan daripada pelaburan-pelaburan yang dimasuki boleh digunakan atau ditukar kepada harta-harta tak alih, khususnya melalui pembelian.

                Ibn Abidin sendiri pernah membincangkan tentang perwaqafan daripada jenis wang di mana menurutnya, walaupun fizikal harta ini tdak boleh dikekalkan, tetapi perinsip pengekalannya boleh direalisasikan melalui pertukarannya dengan harta lain yang bersifat kekal.

                Perwaqafan melalui wang ini boleh juga dibuat secara gabungan dengan membabitkan individu-individu tertentu yang secara sukarela memberi sumbangan ikhlas mereka. sumbangan yang dibuat secara kolektif ini dapat memmberi peluang kepada golongan masyarakat yang berpendapatan sederhana ataupun rendah untuk sama-sama membabitkan diri dalam ibadat perwaqafan ini. Ianya termasuk dalam kategori waqaf musytarak yang melibatkan penyatuan harta-harta yang diwaqafkan oleh sekelompik masyarakat kepada tujuan-tujuan kebajikan yang diiktiraf oleh Syarak.

 

1.10        Kesimpulan

Daripada penjelasan tadi dapat dirumuskan bahawa kategori harta yang boleh diwaqafkan bukanlah hanya terhenti kepada harta-harta tak alih sahaja, malah boleh juga dibuat dengan harta-harta alih termasuk dalam bentuk dana waqaf.

 

Dipetik dari kertas kerja Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM yang ditulis oleh Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir (Jabatan Syariah, Fakulti Pendidikan Islam UKM)

Julai 01
Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM (Bahagian ke-3)

1.6          Perinsip Waqaf

Dalam sistem harta, termasuklah waqaf, Islam menekankan beberapa perinsip penting yang tercantum dalam tiga prinsip induk iaitu tauhid, khilafa dan ‘adalah. Tifa prinsip tersebut merangkumi prinsip-prinsip yang lain seperti amanah, tiada unsure penipuan dan sebagainya. Dalam subtajuk ini akan diterangkan tentang prinsip-prinsip tersebut.

1.6.1      Tauhid

Prinsip ini menekankan bahawa sistem yang diturunkan oleh Allah AWT adalah yang terbaik, sama ada dalam sudut ibadat, muamalat dan sebagainya. Justeru, kita mesti meyakini bahawa sistem yang telah disediakan oleh syarak adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk umat sejagat tidak kira umat Islam atau yang bukan Islam.

                Contohnya. Dalam sistem waqaf kita harus menjalankan sistem dan transaksi ini dengan berlandaskan halal yang mesti diikuti dan haram yang mesti dijauhi maka dengan sendirinya perjalanan sistem waqaf yang dijalankan akan berjaya dari sudut akhirat dan juga dunia.

1.6.2      Khalifah

Khalifah bermaksud bahawa manusia telah dilantik oleh Allah SWT untuk mengurus dan mengimarahkan bumi maka semestinya manusia menjalankan setiap urusan dengan baik seperti untuk persaudaraan  sejagat, amanah, sederhana, cekap dan sebagainya.

 

1.6.3      ‘Adalah

‘Adalah bermaksud keadilan iaitu keadilan dalam mengurus tadbir seluruh cara kehidupan dengan cara memenuhi keperluan, sumber yang baik, pengagihan yang saksama, pertumbuhan dan kestabilan yang baik.

 

 

1.7          Rukun Waqaf

Sepertimana pada setiap ibadat dan muamalat ada rukun yang tersendiri, begitu juga dalam urusan waqaf ada rukun-rukunnya. Rukun-rukun tersebut adalah seperti yang akan diterangkan dalam subtajuk ini.

 

1.7.1      Pewaqaf

Pewaqaf atau al-Waqif bermaksud orang yang mewaqafkan hartanya kepada penerima qaqaf dengan tujuan tertentu. Pewaqaf yang sah di sisi syarak perlu memiliki beberapa syarat yang akan diterangkan nanti.

1.7.2      Harta yang Diwaqafkan

Harta yang diwaqafkan atau al-mawquf ialah harta sah milik sipewaqaf yang ining diwaqafkan kepada penerima waqaf yang layak dengan tujuan tertentu. Harta waqaf yang inin diwaqafkan pun mesti memenuhi syarat-syarat tertentu yang akan dibincangkan sebentar lagi.

 

 

1.7.3      Penerima Manfaat Waqaf

Penerima manfaat waqaf atau al-mawquf ‘alaihi ialah orang yang layak menerima harta waqaf dari si pewaqaf dengan memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak.

1.7.4      Akad

Akad atau sighah ialah lafaz yang diucapkan oleh si pewaqaf dalam mewaqafkan harta waqafnya yang diberikan kepada si penerima atau pengurus waqaf engan tujuan tertentu. Akad ini juga harus memenuhi syarat-syarat yang akan dibincangkan selepas ini.

 

 

1.8          Syarat Bagi Setiap Rukun Waqaf

Setiap rukun di atas mesti memenuhi syarat-syarat untuk diterima atau dianggap sah sesuatu proses waqaf. Syarat-syarat tersebut adalah seperti yang diterangkan secara ringkas di bawah ini.

1.8.1      Syarat bagi Pewaqaf

Pewaqaf iaitu orang yang mewaqafkan hartanya mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:

1.       Merdeka

2.       Baligh

3.       Berakal

4.       Berkelayakan untuk berwaqaf

5.       Sukarela iaitu tidak dipaksa untuk berwaqaf

1.8.2      Syarat bagi Harta Yang Diwaqafkan

Adapun syarat bagi harta yang ingin diwaqafkan oleh pewaqaf adalah seperti yang berikut:

1.       Harta yang mempunyai nilai

2.       Harta yang boleh dipindah milik

3.       Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan

4.       Harta adalah milik sempurna pewaqaf

1.8.3      Syarat Bagi Penerima Waqaf

Penerima waqaf pula sama ada dari kalangan keluarga atau dari kalangan awam seperti yang telah diterangkan pada awal perbincangan penulisan ini. Penerima waqaf mestilah dari kategori khusus untuk seseorang atau penerima yang tidak khusus isitu tandap menentukan penerima waqaf tertentu.
                Penerima waqaf bukan semestinya dari kalangan umat Islam tetapi sebahagian dari harta waqaf hanya digunakan untuk umat Islam sahaja, semuanya bergantung kepada tujuan pewaqaf mewaqafkan hartanya.

1.8.4      Syarat Bagi Sighah Akad

Syarat bagi akad ialah kata-kata atau tulisan yang boleh difahami untuk sesuatu tujuan waqaf sama ada dengan lafaz yang jelas atau lafaz yang tidak jelas tetapi mempunyai alas an lain yang mengukuhkan lafaz tersebut. Akad adalah wajib bagi mengesahkan sesuatu waqaf.

                Dalam urusan waqaf tunai, sighah waqaf ialah dengan menyentuh tentang berwaqaf menggunakan wang tunai sebagai harta yang diwaqafkan untuk mengumpul dana waqaf yang kemudiannya ditukar menjadi harta kekal. Harta kekal ini akan dimanfaatkan untuk kebajikan dan kempentingan masyarakat secara berulang kali atau berterusan.

Dipetik dari kertas kerja Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM yang ditulis oleh Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir (Jabatan Syariah, Fakulti Pendidikan Islam UKM)

Jun 14
Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM (Bahagian ke-2)

1.4          Falsafah Waqaf dan Hikmah Waqaf

Setiap hukum syarak mempunyai hikmah dan falsafah yang tersendiri. Dalam bab waqaf, banyak hikmah dan falsafah yang terkandung di dalamnya antaranya adalah seperti beikut:

1.       Untuk mewujudkan sebuah masyarakat penyayang yame memiliki sidat tolong menolong antara satu sama lain.

2.       Merapatkan jurang perbezaan di antara orang kaya dengan orang miskin dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk setiap dari mereka melalui sistem waqaf.

3.       Sebagai lambing pengorbanan dan kerjasama umat Islam bagi mengukuhkan silaturrahim, ekonomi umat Islam dan negara.

4.       Berlumba-lumba bersedekah jariah dalam bab waqaf untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T

5.       Untuk mewujudkan satu institusi kewangan yang mantap dan kukuh bagi umat Islam.

6.       Untuk melaksanakan tuntutan Islam dalam sedekah jariah waqaf secara berkelompok.

7.       Sebagai lambing penyatuan dan kerjasama umat Islam berteraskan konsep Ukhuwah Islamiah.

8.       Melaksanakan strategi pembangunan ekonomi umat Islam secara bersepadu.

9.       Untuk meluaskan saluran kebajikan secara yang lebih bersistem, berkesan dan menyeluruh bagi mengukuhkan martabat dan kedaulatan Islam.

10.   Memberi alternative kepada semua umat Islam sama ada kaya atau miskin, sama – sama menyumbang kea rah menjayakan sesuatu aktiviti pembangunan sosioekonomi melalui pengswastaan yang didokong oleh masyarakat.

1.5          Asas Teori Waqaf

Sistem waqaf waqaf mempunyai teori yang tersendiri. Teori tersebut adalah perkara asas yang perlu diketahui dalam bab waqaf seperti  yang akan dibincang dalam subtajuk ini

 

1.5.1      Waqaf Yang Sah

Teori pertama ialah treansaksi waqaf mestilah waqaf yang diterima oleh syarak. Waqaf yang sah atau diterima oleh syarak adalah melalui salah satu daripada 2 perkara iaitu perbuatan atau perkataan.

                Perbuatan dalam waqaf ialah perbuatan yang dilakukan dalam melaksanakan waqaf. Contohnya, seseorang mendirikan masjid dan mengidupkan masjid tersebut dengan amalan – amalan masjid seperti solat berjemaah, majlis ilmu, kelas fardhu ain dan sebagainya.

                Perkataan pula terbahagi kepada dua iaitu lafaz sarih yang bermaksud lafaz yang terang dan nyata maksudnya dan yang kedua ialah lafaz kinayah iaitu lafaz yang tidak terang dan tidak jelas maksudnya.

Lafaz sarih misalnya seeseorang mengucapkan bahawa “aku mwaqafkan tanah yang berada di belakang rumahku ini kerana Allah SWR” atau dengan perkataan “aku tahan, aku hentikan dan aku bekukan tanah tersebut”.

Adapun lafaz kinayah seperti ucapan “Aku nak buat baik dan amal saleh dengan tanah kebun aku yang berada di tepi surat tersebut”.

 

1.5.2      Waqaf Kekal

Teori kedua pula ialahj apabila seorang pewaqaf membuat sesuatu yang menunjukkan berlakunya waqaf atau melafazkan kata – kata waqaf, maka telah berlakulah waqaf tersebut dengan syarat orang yang berwaqaf itu adlah orang yang sah tindakannya di sisi syarak iaitu orang cukup sempurna akalnya, dewasa, medeka, pemilik atau wakil sah kepada harta atau barang yang diwaqafkan dan tidak dipaksa.

                Apabila waqaf telah sah berlaku maka harta tersebut tidak boleh dijual, dihadiahkan, dipusakai dan diperlakukan dengan sesuatu yang menghilangkan manfaat waqafnya. Bila orang yang berwaqaf mati, waqaf tidak boleh dijadikan harta yang dipusakai.

                Tidak sah mewaqafkan apa yang rosak dengan dimanfaatkannya seperti lilin, makanan, minuman dan apa yang cepat rosak seperti bau-bauan dan tumbuh-tumbuhan kerana ia cepat rosak. Tidak boleh mewaqafkan apa yang tidak boleh dijualbeli seperting barang tanggungan, anjing, babi dan binatang – binatang buas mengenai hokum waqaf wang atau dana waqaf akan dibincangkan secara lebih terperinci kemudian.

1.5.4      Jenis Waqaf

Waqaf dibahagikan kepada dua kategori iaitu waqaf ahli atau waqaf keluarga. Waqaf jenis ini ialah waqaf yang memberi manfaat kepada keturunan pewaqaf atau kepada keturunan orang yang menerima waqaf seperti anak cucu dan seterusnya turun – temurun.

                Waqaf kedua ialah waqaf Khairi iaitu kebajikan. Waqaf ini bermaksud waqaf yang diperuntukkan bagi kebajikan umum. Waqaf Khairi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu waqaf am dan waqaf khas.

                Waqaf am ialah waqaf yang menfaatnya umum, boleh digunakan oleh semua orang Islam seperti waqaf masjid dan seumpamanya.

                Waqaf khas pula ialah waqaf yang manfaatnya dikhususkan kepada pihak tertentu seperti madrasah tahfiz Al-Quran, rumah ana-anak yatim, fakir miskin sekolah agama rakyat, pusat asuhan kanak-kanak dan sebagainya seperti yang dikhaskan oleh pewaqaf.

1.5.5 Nazir atau Pengurus Waqaf

Teori kelima yang harus ada dalam menjalankan sistem waqaf ialah wujudnya pengurus waqaf atau nazir yang bersifat amanah untuk menguruskan harta-harta waqaf dengan bijak, melaburkan waqaf dengan baik jika diperlukan, memeliharanya dengan sebaik-baiknya daripada hilang atau binasa dan menjaga segala syarat-syaratnya daripada diubah atau dipinda, dijual, dihebah atau diwarisi atau ditarik balik atau dengan apa cara juga yang menghilangkan maksud waqaf tersebut.

                Allah melarang harta waqaf itu diubah daripada sighah dan tujuan asalnya dengan apa cara sekalipun. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 181 yang bermaksud:

“Maka sesiapa yang menukarnya selepas ia mendengarnya sesungguhnya dosanya tertanggung ke atas orang yang menukarkannya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

                Walaupun begitu, orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta waqaf dibolehkan mengambil upah sekadar pengurusan sebahagian dari hasil waqaf itu, kerana berdasrkan Hadis Umar yang menyebut: “dan tidak ada halangan bagi orang yang  menguruskannya untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang ma’aruf.” Yang dimaksudkan dengan cara yang makruf itu ialah kadar yang tidak membawa kepada pemiliknya. Al-Imam Al-Qurthubi pernah berkata: “telah  menjadi adat kebiasaan bahawa pengurus iaitu nazir mengambil sebahagian kecil sebagai upah dari hasil waqaf”.

Dipetik dari kertas kerja Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM yang ditulis oleh Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir (Jabatan Syariah, Fakulti Pendidikan Islam UKM)
April 23
Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM

KONSEP DANA WAQAF

1.1   Pendahuluan

Waqaf merupakan sebahagian daripada “triple institutions” yang mampu memainkan perana pendting dalam mengatasi masalah kemiskinan di samping zakat harta institusi baitul mal. Ia juga berpotensi dalam menjana  pulangan dan keuntungan yang berlipat kali ganda jika diurus dengan baik dan secara profesional, waqaf juga dapat membantu sesebuah kerajaan dalam meyediakan modal pembangunan masyarakat dan sosio-ekonomi negara yang pada asalnya dibiayai oleh kerajaan. Waqaf adalah termasuk dalam ketegori sadaqah jariyah yang membolehkan seseorang dapat pahala berkekalan dan manafaat yang berpanjangan kepada si penerima manafaat waqaf. Perkara tersebut merupakan targhib kepada masyarakat dermawan, hartawan dan lainnya untuk membahagikan sebahagian harta mereka kepada tujuan yang suci dan taqarrub. Sistem waqaf yang telah berkembang kepada waqaf dana atau wang tunai (yang melibatkan harta alih) dapat memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk terlibat sama secara kolektif bagi membangunkan agama, bangsa dan engara. Malah, ianya boleh dibawa ke peringkat antarabangsa supaya sistem waqaf ini dapat membantu dalam menangani masalah krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia pada masa ini. Pendekatan mewaqafkan dana harta ini telahpun diamalkan di Malaysia yang melibatkan beberapa produk kontemporari yang diperkenalkan oleh Majils – Majlis Agama Islam Negeri serta instiutsi – institusi lainnya. Justeru, kertas kerja ini akan menjelaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam dalam menjana dana Waqaf dan agihannya, disamping mejelaskan beberapa perkara pendting dalam menangani isu – isu semasa, termasuk ida penswastaan dalam negara Islam.

 

1.2   Definisi Dana Waqaf

Menurut Kamus Dewan, dana bermaksud kumpulan wang untuk sesuatu tujuan atau kegunaan. Dalam Kamus Kewangan pula, inya didefinisikan sebagan Qang yang diperuntukan bagi tujuan tertentu. Contoh bagi dana ini adalah seperti dana pencen, dana mutual atau unit amanah dan lain- lain lagi.
    Waqaf pula berasal daripada perkataan arab
وقف
yang diambil dari kata kerja (fi’il)waqafa yang bermaksud menahan (al-habs) dan menegah (al-man’u).
    Menurut istilah yang digunakan dalam perundangan Islam pula, waqaf difahami sebagai satu bentuk komitmen harta sama ada secara terang (sarih) atau sindiran (kinayah) di mana harta berkenaan ditahan dengan hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan kepada tujuan – tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum mahupun khusus.
   Waqaf am merupakan mana – mana bentuk komitmen harta waqaf yang dibuat untuk tujuan kebajikan atau khairat umum tanpa menentukan mana – mana pihak khusus, sama ada terdiri daripada daripada individu atupun mana – mana organisasi dan institusi, ataupun untuk tujuan khusus yang tertentu. Perwaqafan daripada kategori ini boleh diaplikasikan kepada perkara – perkara atau tujuan – tujuan kebajikan umum yang dapat meningkatkan lagi imej Islam dan masyarakatnya. 
     Manakala Waqaf Khas ialah mana – mana bentuk komitmen harta yang dibuat untuk tujuan – tujuan khusus ataupun untuk pihak – pihak tertentu. Dalam perwaqafan jenis ini, seseorang  pewaqaf akan menentapkan daripada awal lagi kepada siapakah waqafnya dibuat atau untuk tujuan manakah waqafnya mesti diaplikasikan.
    Dari sudut undang – undang di Malaysia, seksyen 2(1) Enakmen Waqaf (Negeri Selangor) 1999 (No. 7 Tahun 1999) (EWS) umpamanya memperuntukkan tafsiran waqaf sebagain menyerahkan apa – apa harta yang boleh dinikmatai manafaat atau faedahnya untuk apa – apa tujuan  kebajikan sama ada sebagai waqaf am atau waqaf khas menurut hokum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949.
    Apabila perkataan dana digabungkan waqaf menjadi dana waqaf, maka ia bermaksud suatu kumpulan wang yang diwujudkan untuk tujuan waqaf yang dibentuk Ini telah pun ditetapkan pengguanaannya daripada awal lagi, misalnya untuk pembinaan permis halal iaitu untuk jualan barangan dan produk halal, maka ianya merupakan waqaf khas.
     Jika tujuanannya tidak ditentukan maka secara jelas ia adalah waqaf am. Pertanyaan kumpulan wang merujuk kepada dana waqaf ini juga telah dikanunkan di bawah beberapa statut berkaitan waqaf. Ianya dikenali sebagan Kumpulan Wang Waqaf. Ia meliputi semua wang dan harta yang diwaqafkan termasuklah apa – apa hasil atau keuntungan yang dieprolehi daripada mawquf atau melalui istibdal.
     Manakala mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003: waqaf itu ialah pemberian yang berkekalan diatas harta atau sebahagian daripadanya oleh tuan punya harta itu kerana maksud agama mengikut hokum syarak, tapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949.

Dari definisi – definisi tersebut dapatlah disimpulkan bahawa waqaf itu ialah:

i.      Menegah, membeku dan menahan harta waqaf
ii.     Menyerahkan harta dengan tujuan mendampingkan diri kepada Allah dan akhrinya mensedekahkan manafaat atau hasilnya atas jihah kebajikan yang telah ditentukan oleh pewaqaf selama – lamanya.
iii.    Waqaf ialah apa – apa harta yang ditaha hak pewaqaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di sampingmengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewaqaf kepada Allah S.W.T
iv.   Waqaf ialah penahanan harta, baik mu’abbad (bersifat kekal) atau mu’aqqat (bersifat sementara) untuk dimanafaatkan harta tersebut mahupun hasilnya , secara berulang – ulang, bagi tujuan kebajikan atau amal jariah. Dalam era moden, manfaat yang boleh disalurkan untuk kebajikan atau untuk dinikmati oleh masyarakat boleh diperolehi daripada pelbagai sumber dan bentuk harta. Harta – harta yang boleh dimanfaatkan secara berulang kali termasuk harta intelek, surat –surat berharga dan wang tunai.

1.3   Dalil Pensyariatan Waqaf


Waqf adalah satu amalan yang digalakkan oleh syarak. Perkara tersebut telah diterangkan dalam Al-Quran, hadis,ijmak dan qiyas sama ada dalam bentuk penerangan khas tentang waqaf atau penerangan am seperti  sedekah dan lain – lain:

 

        Antara dalil dari Al-Quran ialah seperti yang berikut:

1

“bandingan (derma) orang – orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap – tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”

 

 

2

“orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula mennyinggung atau menyakiti (pihak yang  diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) tehadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”

 

____________________________

1 Al Quran, surah Al-Baqarah: 261
2 Al-Quran, surah Al-Baqarah: 262

 

 

 

3

“kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yanf demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunykan sedekahsedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan”

 

 

4

“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa”

 

 

5

“tdakkah mereka mengetahui bahawa Alalah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Alah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?”

 

____________________________

3 Al-Quran, surah Al-Baqarah: 271

4 Al-Quran, surah Al-Baqarah: 276

5 Al-Quran, surah At-taubah: 104

 

 

 

 

 

 Adapun dalil dari hadis adalah sangat banyak, antaranya adalah seperti yang berikut;

 

“hadith dari Ibni Umar r.a dia berkata: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi S.A.W untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud: “wahai Rasullallah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Alaah Azzawajalla, apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?” Maka sabda Rasulullah S.A.W kepadanya yang bermaksud: “jika engkau hendak tahanlah atau bekukanlah tanah it,dan sedekahkan manfaatnya.” Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah maukuf itut tidak boleh dijualbeli, tidak dihadiahkan kepada sesiapa dan tidak diwariskan kepada sesiapa. Tanah itut di waqafkan ke atas fakir miskin, jaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang menguruskan iaitu yang diberi kuasa menjaganya atau Nazir untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri.”

 

        Dalil yang lain ialah dari Anas r.a berkata: ketika Rasulullah S.A.W tiba di Madinah dan memerintahkannya untuk membina masjid, Baginda bersabda maksudnya: “wahai Najjar, apakah kamu hendak menjual kebun ini?” Mereka menjawab; “Demi Allah, kami tidak meminta harganya kecuali kepada Allah S.W.T.” Maksudnya agar Rasulullah mengambilnya dan menjadikannya masjid.

 

        Selain itu, dari Othman r.a bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “barangsiapa menggali telaga Raumah, maka baginya syurga” Othman berkata:  Maka telaga itupun aku gali. Dan dalam satu riwayat Al-Baghawi: Bahawa seorang lelaki dari Bani Ghifar mempunyai takungan daripada mata air yang dinamkan Raymah, beliau menjual airnya bagi setiap satu bekas daripada kulit qirbah dengan harga satu mud. Maka kata Rasulullah S.A.W kepadanya yang bermaksud: “mahukah engkau menjualnya kepada Ku dengan satu perigi di dalam syurga?” Orang itu menjawab: “Wahai Rasulullah, aku dan keluargaku tidak mempunyai apa –apa  selain daripada itu.” Berita itu sampailah kepada Othman. Lalu Othman membelinya dengan harga tiga ribu lima puluh dirham. Kemudian datanglah Othman kepada Nabi S.A.W lalu katanya: “mahukah Engkau menjadikan bagiku seperti apa yang hendak Engkau jadikan baginya iaitu pemilik perigi itu?” Baginda Menjawab: “Ya,” Othman pun berkata : “ Aku menjadikan perigi itu waqaf bagi kaum muslimin.”

        Kisah lain juga ada menyebut dari Saad bin Ubaidah r.a bahawa dia telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Ummu Saad telah mati; maka apakah sedekah yang paling banyak pahalanya?” Baginda menjawab: “Air,” Kemudain Saad menggali perigi dan katanya: “Perigi ini pahalanya bagi Ummu Saad,”

        Begitu juga dalil dari hadis dari Anas r.a Dia berkata: Adalah Abu Thalhah seorang Ansar yang paling banyak hartanya di Madinah dan harta yang paling disayanginya ialah kebun kurma Biyarha,” Biyarha’ ini berhadapan masjid. Dan Rasulullah S.A.W sering memasukinya dan meminum air yang segar di dalamnya. Maka ketika diturunkan ayat ini yang maaksudnya: “Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan yang sempurna sebelum kamu membelanjakan sebahagian harta yang kamu sayangi,” maka pergilah Abu Thalhah kepada Rasulullah S.A.W kata dia: Sesungguhnya  Allah S.W.T berfirman di dalam kitabNya: “kamu sekali-kali tdak akan sampai kepada kebajikan yang sempurna sebelum kamu membelanjakan sebahagian harta yang kamu sayangi,” Sesungguhnya harta yang yang paling aku sayangi adalah Biyarha’, dan Biyarha’ itu aku sedekahkan kepada Allah yang aku harapkan kebaikannya dan simpanannya di sisi Allah. Maka tentukanlah sedekah itusebagaimana engkau sukai wahai Rasulullah. Rasulullah S.A.W bersabda: ”Sungguh elok, itulah harta yang menguntungkan. Aku telah mendengar apa yang engkau katakan mengenai Biyarha’ itu. Sesungguhnya aku berpendapat agar engkau menjadikannya sebagai sedekah bagi kaum kerabat,”Lalu Abu Thalhah menjadikannya sebagai waqaf bagi kaum kerabatnya dan anak-anak saudaranya.

 

     Para ulama juga telah berijmak (sepakat) tentang masyru’nya amalan waqaf kerana ia melibatkan kebaikan umum dank has. Amalan waqaf ini terus menerus diikuti oleh orang Islam dengan mewaqafkan harta benda mereka hingga sekaran.

   

    Dari Hadis – hadis tersebut ternyata para sahabat telah berlumba-lumba untuk melakukan sedekah jariah iaitu waqaf yang berkekalan pahalanya sebagai menyahut seruan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 148 yang bermaksud:

الْخَيْرَاتِ فَاسْتَبِقُواْ

Berlumba-lumbalah kamu untuk membuat kebajikan.

 

Begitu juga ayat dari surah Al-Maidah ayat 48 yang bermaksud:

 

            

Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya

Lantaran itu amalan ini harus diamalkan oleh orang Islam pada setiap masa kerana ia mempunyai hikmah dan kelebihan tersendiri dari sudut kekuatan sosio-ekonomi dan pembangunan negara.
 
 
 
Dipetik dari kertas kerja Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Waqaf UKM yang ditulis oleh Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir (Jabatan Syariah, Fakulti Pendidikan Islam UKM)
Januari 11
Instrumen Berinnovatif Dalam Pembangunan Perekonomian Berbasis Ummat

Masyarakat Islam adalah masyarakat bersaudara, penuh toleransi antara satu dengan yang lainnya

لايُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ *

"tidaklah sempurna iman seseorang itu sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri”, mereka diajar agar hidup saling tolong menolong antara satu dengan yang lain َ

تَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا لَتَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Dan hendaklah kamu bertolong tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pemusuhan atau bencana kerosakan”

Hal ini mencerminkan betapa orang-orang Islam mesti memperhatikan nasib saudaranya yang kurang beruntung. Untuk merealisasikan prinsip bantu membantu ini, Islam mengeluarkan beberapa bentuk perundangan berkaitan dengan jaminan sosial terhadap masyarakat yang kurang beruntung. Masyarakat Islam boleh memiliki pelbagai harta dengan berbagai bentuk pengalihan milik dengan tujuan untuk kesejahteraan bersama, diantaranya adalah pengembangan ekonomi berdsarkan wakaf.

Undang-undang wakaf adalah salah satu cabang undang-undang Islam yang amat penting karena ia mempunyai pertalian antara hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Hubungan antara sesama manusia dalam masalah wakaf berkaitan lansung dengan masalah ekonomi. Dapat kita pahami bahwa ekonomi merupakan urat nadi perjalanan umat manusia untuk mencapai kehidupan yang bahagia lahir batin, dunia dan akhirat.

Pensyariatan dan Hukum wakaf

Mengikut jumhur ulama, selain Hanafiah, sunat hukumnya berwakaf, kerana ia merupakan kebajikan yang dianjurkan (al-tabarrucat al-mandubah), alasannya ialah firman Allah

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi”, kata menafkahkan atau mendermakan disini termasuklah wakaf, kerana ia bersifat umum

Wakaf telah bermula semenjak zaman sebelum Rasulullah S. A. W, dan perbuatan ini dibenarkan dan dilegalisasikan oleh Rasulullah SAW dan diteruskan oleh para sahabat, dan orang-orang Islam sampai sekarang. Di antara hadis yang berkaitan dengan wakaf ini ialah,

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ عُمَرُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمِائَةَ سَهْمٍ الَّتِي لِي بِخَيْبَرَ لَمْ أُصِبْ مَالًا قَطُّ أَعْجَبَ إِلَيَّ مِنْهَا قَدْ أَرَدْتُ أَنْ أَتَصَدَّقَ بِهَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْبِسْ أَصْلَهَا وَسَبِّلْ ثَمَرَتَهَا *

“Dari Ibnu Umar, ia berkata ‘Umar Ibnu al Khatab bertanya kepada Rasululullah S.A.W’ sesungguhnya aku telah mendapatkan seperseratus saham di Khaibar, saya tidak pernah memperoleh harta yang berharga yang menakjubkan saya sebelum ini, aku ingin mendermakannya” Jawab Rasulullah, “jika engkau suka tahanlah tanah itu dan engkau sedekahkan manfaat atau hasilnya”,

Dengan jawapan itu Umar memilih jalan mewakafkan tanah tersebut dengan syarat tanah itu tidak boleh dijual, tidak boleh dibeli, dipusakai, dan dihibahkan, maka Umar mewakafkannya kepada orang fakir, iaitu kaum keluarganya yang hampir, untuk menebuskan perhambaan, untuk jalan Allah, orang musafir dan tetamu. Tidak berdosa bagi orang yang menguruskannya untuk mengambilnya dan memakannya secara baik (macruf)”.Dalam hadis lain Rasulullah menyampaikan

اِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلَاثَة صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ *

“Apabila mati manusia, maka terputuslah segala amalannya, melainkan ada tiga perkara (yang tidak terputus); iaitu sadaqah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang salih yang senantiasa mendocakan ibubapanya.Implikasi dari ketentuan Rasulullah diatas, maka pemilikan harta wakaf tidaklah bersifat sempurna. Sebab seseorang yang menguasai harta wakaf hanya dibolehkan mengambil manfaatnya sahaja, sesuai dengan peruntukan perundangan yang disampaikan oleh Rasulullah kepada Umar diatas. Mengikut Abu Hanifah wakaf adalah bersifat tabarru, penerima wakaf tidak memiliki secara sempurna harta itu, sebab milik ain benda yang diwakafkan itu tetap berada pada tangan pemberi wakaf, demikian juga pendapat Mazhab Maliki. Adapun Mazhab Syafici dan mazhab Hanbali mengatakan pemilik harta wakaf itu berpindah kepada Allah. Penerima wakaf hanya berhak pada manfaat harta itu.Sesuai dengan definisi wakaf itu sendiri, bahwa harta wakaf itu mestilah ditahan daripada dijual, dihibahkan dan diwariskan, maka penerima wakaf perlu memelihara terus harta itu, agar manfaat harta itu dapat dinikmati dan pahalanya mengalir kepada waqif.

Rujukan: http://luqmannomic.wordpress.com/2008/07/04/wakaf-tunai%E2%80%9Cinstrumen-inovatif-dalam-pembangunan-perekonomian-berbasis-ummat%E2%80%9D1/

Januari 11
Apa itu Waqaf?

Wakaf merupakan salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. ia merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf, selama harta atau ain yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Perkataan "WAKAF" berasal daripada bahasa Arab waqf yang bererti "menghentikan" atau "menahan". Ertinya, seseorang menghentikan hak milik sesuatu harta dan menahan diri daripada menggunakannya dengan cara menyerahkan harta itu kepada pengelola untuk digunakan bagi kepentingan umum.

WAKAF AM
Wakaf Am merujuk kepada amalan menyerah harta wakaf kepada pihak pentadbir wakaf dengan tidak menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Dalam erti kata lain, harta itu boleh dibangunkan bagi apa-apa maksud, asaklan ianya sesuai dengan kehendak syarak.

WAKAF KHAS
Wakaf Khas ialah wakaf yang diasaskan kepada tujuan pewakaf secara spesifik semasa menwakafkan hartanya. Pewakaf akan menyatakan secara spesifik tujuan wakaf itu seperti wakaf khas untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya. Ini bermakna, harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus itu.

Rujukan: http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/wakaf.html

1 - 10Next

The National University of Malaysia
43600 UKM,
Bangi Selangor,
MALAYSIA
Tel: +603 8921 5555
Fax: +603 8921 4097

                                                                                                                                                Copyright 2014- Pusat Teknologi Maklumat